MAKLUMAT SK CONVENT MUAR

VISI SEKOLAH

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera“

MISI SEKOLAH

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara“


Lencana Sekolah

OBJEKTIF

Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat dan seterusnya menunjukkan sama ada visi dan misi tercapai. Objektif juga merupakan hasil yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi yang dinyatakan secara khusus. Objektif Sekolah Kebangsaan Convent, Muar ialah;


  1. Memupuk dan meningkatkan disiplin semangat kekitaan dan keluarga serta semangat  cintakan negara dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
  2. Memupuk staf yang kreatif, berdedikasi dan peka kepada perubahan untuk meningkatkan profesionalisme.
  3. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dan peka kepada perubahan untuk meningkatkan taraf profesionalisme.
  4. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama serta menerapkan hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

MOTTO SEKOLAH

Motto Sekolah Kebangsaan Convent Muar, ialah “Menyertai Menjuarai”. Setiap warga sekolah digalakkan menyertai setiap pertandingan dan meletakkan azam kesungguhan untuk berjaya dalam penyertaan.  Semangat yang disuntik dapat melahirkan modal insan yang berani dan mempunyai impian untuk menjadi juara.

TAGLINE SEKOLAH

Tagline Sekolah Kebangsaan Convent Muar “STRIDE WITH PRIDE”  bermaksud melangkah dengan bermaruah. Setiap warga sekolah perlulah menjaga nama baik dan imej sekolah ke mana sahaja mereka berada.