Di SK Convent Muar kelas Dahlia merupakan kelas DLP

APA ITU DLP?

SK Convent Muar merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan yang menawarkan program DLP. Apakah itu program DLP?

  1. DLP (Dual Language Programme)
  2. Program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  3. Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
  4. Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
  5. Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.